" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I still can smile when you hurt me. But I can't prentend be okay anymore, I can't fake it anymore when you not appreciate me "




We can chatting here







Warkah Untuk Ezati}
Rabu, 23 Mac 2016 | 3/23/2016 02:30:00 PG | 0Comment

Bismillah,


Assalamualaikum bakal isteri


       Ayang, malam ni abang berkesempatan lagi untuk menulis sepucuk lagi entri untuk ayang. Ayang sekarang mesti lena dibuai mimpikan? Mesti bahagia kan dalam tidur, dengan mimpi yang indah indah. Harap begitulah. Malam ni malam istimewa kita. Dan abang rasa abang nak hirup setiap udara pada malam istimewa kita ni. Nak hirup setiap udara bahagia kita. Terkenang, setiap memori indah kita, memori manis kita, memori bahagia kita, memori gelak ketawa kita, tak lupa juga memori pahit sedih kita. Tipu, kalau setiap hubungan takda memori pahit atau yang menyedihkan. Kerana memori itulah yang melengkapkan sebuah hubungan. Memori itulah yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik, supaya tak melakukan kesilapan. Dan akhirnya, memori itulah yang akan mendatangkan kebahagiaan dunia akhirat jika kita betul betul gunakan memori itu untuk perbaiki mana silap kita. InsyaAllah..

      Di sini, abang ingin minta maaf atas semua silap abang, kesalahan abang. Maafkan sayang, jika abang ada kecewa kan awak. Abang tahu, abang silap. Dan tidak cukup sekadar "maaf". Abang mesti dihukum, abang mesti rasa sakit tu. Dengan cara itu, abang dapat belajar jadi lelaki terbaik untuk awak. Dengan hukuman tu abang belajar jadi kuat walaupun sakit. Mungkin itu cara abang belajar untuk tak leka dengan kebahagiaan yang akan datang tidak lama lagi. Tapi jujur, abang memang dah sedar, abang sedar abang memang silap. Setiap hari, abang istiqomah, perbaiki diri hari demi hari. Tengok setiap kelemahan abang. Abang terlalu sayangkan awak. Terlaluuu awakk, abang harap awak nampak. Dari dulu, sampai ke malam ni. Sikit, sebesar zarah pun tak pernah kurang. Abang terlalu gilakan awak. Abang tak pernah rasa semua ni dengan orang lain. Abang takkan buat, dan setuju dengan semua ni kalau sayang abang kurang. Abang takkan sanggup buat semua ni. Takkan sanggup awak, buat semua ni walaupun sesaat pun abang pernah kurangkan sayang pada awak. Abang tak pernah kurangkan kasih sayang abang pada awak walaupun sesaat pun. Sebab tu, abang mampu lalui semua ni awak. Sayang nya abang pada awak besar sampaikan sanggup untuk sakit, biarkan hati pedih setiap hari buat sementara waktu ni. Kalau lelaki lain, sakit sikit mungkin dia dah pergi. Taktahan dengan sakit tu. Tapi tak abang sayang, dari dulu. Pedih mana pun. Abang tetap bersama dengan awak, berada di sisi ayang. Jauh mana pun abang pergi, untuk ubat pedih tu kadang. Abang sedar awak, hati abang milik siapa. Abang sedar awak, abang siapa punya. Abang sedar siapa yang buat abang bahagiaa. Yang jaga abang, sayang abang, rindu abang, gilakan abang. Hmmm.. sebab tu walau apa pun, macam mana pun sakit. Abang tak pernah tinggalkan awak. Sentiasa bagi peluang untuk ayang. Tak pernah ada orang lain, sayang orang lain. Tak pernah terlintas di hati nak bagi hati abang pada orang lain.. Sebab abang tahu cuma awak yang layak, mampu jaga hati abang, faham hati abang.

      Abang, sedar silap abang. Abang sedar kelemahan abang. Abang setuju, abang terima bukan untuk pergi selama nya. Tapi abang cuma nak hukum diri abang sebab terlalu ikut emosi dulu. Pada abang dulu, apa yang abang buat dulu betul. Untuk jaga hati abang, supaya tak tawar hati pada awak. Abang tahu cara abang chat perempuan lain untuk jaga hati abang tak tawar hati pada awak tu bodoh. Sangat bodoh. YaAllah bodoh sangat, kenapa lah abang terlalu ikut emosi. Abang sibuk jaga hati abang suapaya tak tawar hati pada awak, tapi abang lupa cara abang tu buat awak tawar hati pada abang. Tapi percayalah, abang sedar abang milik siapa. Abang rasa kalau perempuan tu chat dengan abang, perempuan tu pun dah rasa meluat, menyampah bila tengok DP, CP abang. Moment abang, berjela jela bercerita pasal awak, berderet semua gambar awak. Status semua pasal awak. Abang sedar sayang abang milik siapa, abang cuma bodoh gunakan cara tu untuk lepaskan kecik hati tu. Abang bodoh, ikut kan perasaan. Abang terlalu ikutkan perasaan. Takpandai kawal emosi. Bodohhhh haihhh. Tapi abangg sayangg awakkk sangatt. YaAllah macam mana nak cakapp, Allah.. Abang harap awak ingat apa yang abang dah buat tanda abang terlalu sayangkan awak. Ingat "conversation" kita, manja manja kita. Gelak ketawa kita, manis manis kita. Kebahagiaan kita. Ingat apa yang buat awak gilakan abang dulu. Sudah cukupp sayang..

      YaAllah, abang terlalu rindukan awakk sekarang ni. Tapi abang tahu, abang sedar silap silap abang dulu tu akhirnya hukum diri abang. Semua awakk, semua silap silap abang. Biarlah abang rindu sendiri, memang pedih. Tapi mungkin ini pedih yang ayang rasa dulu. Mungkin ini kepedihan tu yang buat awak berdendam dengan abang. Pedihh sangat awak dengan semuanya. Baru tak sampai 2 minggu. Kaki tangan abang mengigil sayang setiap malam, sebab pedih sangat. Badan badan abang lenguh lenguh. Ini lah hukuman nya. Hukuman ni lah yang akan buat abang bangkit untuk jadi abang yang sebenarnya. Ashraf yang awak mula mula dapat dulu. Abang akan buktikan abang sebenar bukan lah abang yang sakitkann, yang kecewakan awak tu.  Tapi, abang yang sebenar adalah lelaki yang SETIA, PENYAYANG, GEMBENG,  PENYABAR, LEMBUT, MEMAHAMI, YANG TAKUT HILANG AWAK, TERGILA KAN AWAK, PANDAI KAWAL EMOSI, TAKPERNAH PUTUS ASA, TAK KENAL ERTI PENAT, LELAKI YANG TAKBOLEH TENGOK AWAK SUSAH. Itulah abang yang sebenarnya sayaaang. Bukan abang yang bacul tu. Abang akan buktikan. Biar abang sakit dalam kuat. Biar sekarang abang jatuh, jatuh tertuduk. Abang akan bangun esok, sakit dalam kuat. Perbaiki diri sebelum sampai masanya. Abang akan tuntut janji kita, dan masa tu awak akan dapat rasa Muhammad Ashraf Izzudin bin Md Shiful Bahari yang mula mula awak kenal, mula mula awak belajar untuk sayang, mula mula awak dapat dulu. Percayalah, abang takda sesiapa selain awak. Dengan nama Allah taala. Hati abang dah terikat, simpul mati semenjak kita...   Abang terima seadanya diri awak sayang. Demi Allah taala, sikit pun abang tak ada simpan apa apa. Tengokla perubahan abang, dengan apa yang jadi sekarang ni. Abang maafkan awak mentah mentah, abang takde marah marah pun. Nampak perubahan abang? Abang dah pandai dah jadi abang yang mula mula awak kenal dulu. Abang tak lupa siapa abang dulu. Hmm.. ada hikmah semua ni. Dan hikmah tulah kita kena cari. Inilah hikmah nya. Awak hukum abang, dan abang terima hukuman sambil belajar jadi lelaki terbaik untuk awak. Buang sifat sifat bacul yang datang disebabkan kesilapan, dan kelemahan abang. Akhirnya semua nya, awak akan merasa puas dan dapat lupakan semuanya. Abang pula akan jadi seseorang lelaki yang terbaik, untuk sayang awak, bahagiakan awak, bimbing awak, jaga awak, sambut awak buat selamanya. Dunia akhirat.. tapi abang tetap takkan lupa silap abang. Allahuu'




Kegagalan itu, adalah titik permulaan tangga kejayaan




Ada sebab Allah gagalkan kita, supaya kita jadi yang terbaik dan usaha sampai berjaya



Jangan jadi perempuan yang perlukan lelaki, tapi jadilah perempuan yang lelaki perlukan



When someone really loves you, no matter how are you trying to go away, he will stay and still loves you


Saya lelaki yang biasa, lahir dari keluarga yang biasa, bersekolah di sekolah biasa, tinggal di rumah yang biasa, tapi mempunyai usaha yang luar biasa


Semua manusia pernah buat silap. Alangkah bahagia nya jika kita dapat hidup dengan orang yang kita harapkan dia berubah. Dan dia berubah


"Janji takkan tinggalkan ayang walau apa pun?" "Demi Allah taala, abang takkan tinggalkan ayang walau apa pun yang jadi. Abang dah janji dengan diri abang dengan Allah taala, awak yang terakhir sayang. Awak manusia pertama yang betul betul buat abang jatuh dengan awak, buat abang terlalu cintakan awak sayang hm :')"





Ikhlas dari,
Hulk sayang