" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I still can smile when you hurt me. But I can't prentend be okay anymore, I can't fake it anymore when you not appreciate me "




We can chatting here







Jujur sebenarnya ..}
Khamis, 18 Februari 2016 | 2/18/2016 04:50:00 PG | 0Comment


BISMILLAH

Assalamualaikum ayanggg,
           Ayanggg, ini abang. Ye, ini abang sayangg, Malam ni abang habiskan sedikit masa, berjaga malam untuk menulis, dan meluah sesuatu pada awak. Maafkan abang kalau abang tinggalkan ayanggg kejup dekat bilik kita. Abang keluar kejup untuk menulis karangan khas yang abang buat ini untuk awak. Maaf juga sebab melepaskan pelukan itu sebentar, lepas abang berjaya siapkan karangan panjang ini untuk ayang. Abang janji akan cepat cepat masuk semula dalam bilik kita, kang ayangcelik celik abang takde kang merenggek pulak. Hmm:')
Lagipun, kan kita janji nak jumpa dalam mimpii :'')

            Dengan lafaz bismillah abang mulakan... Jujur sebenar abang masih sayangkan awak. Takpernah tergerak hati untuk pergi tinggalkan awak. Takpernah mampu untuk hidup tanpa ayang. YaAllah amit amit, abang tak sanggup hilang awak zati. Dan abang tetap kekal dengan ayang sepanjang hidup abang. Abang tahu ayang terasa hati mungkin juga kecewa dengan entri "itu". Jujur juga, sebenarnya abang sangat sedih pada malam entri "itu" disiapkan. Jujur sebeanrnya, abang tak sanggup nak menyiapkan entri "itu" malam tu. Tapi disebabkan abang selalu nampak ayang mampu untuk "move on". Sebab setiap kali bergaduh, ayang seakan bersedia, sanggup untuk hilang abang... Tapi tidak abang, abang sangat susah sayang, sangattt. Dan mungkin takkan "move on". Jadi abang tulis entri "itu". Mungkin ini cara abang untuk tunjukkan yang abang mampu "move on". Sekadar "move on" dalam alam maya. Bukan alam realiti. Itu lah abang, laki ayang yang selalu nak rasa dia juga mampu. Tapi pada masa sama, taknak awak tahu. Abangg sebenarnyaa, masih berharap pada awakk. Pada ayang, mesti fikir takde perempuan nak lekat pada abang kan? Mungkin ya, sebab abang tak handsome pun. Tapi sebenarnya bukan itu sebab utama abang cari awak. Tahuu takkk? abang memang sayangkan awak. ABang taktahu macam mana nak jelaskan. Benda ni semua jadi, dan Allah dah tulis. Allah susun cantik sangat, sangat cantik untuk uji abang. Tapi ada kan perpatah kata " Allah takkan menguji seseorang hamba itu, jika Allah tahu hamba nya tidak mampu ". Faham tak sayang? Allah uji abang mungkin sebab Allah tahu abang mampu. Ayang rasa abang mamu tak? Untuk tempuh ujian yang Allah bagi ni. Allah tak uji dia, tapi sekarang Allah uji abang. Yang lalui ujian itu abang, sampai abang betul betul terduduk. Terjatuh. Hakikatnya abang dah jatuh sayang, abang dah jatuhh. Abang betul betul terduduk kalini. Sampai buat abang dekat kan diri pada ilahi. Sampai jadi kan abang sangat takut untuk menghalalkan apa yang haram. Awak faham kan? Abang tahu ayang percaya ayang akan sangat bahagia lepasni dengan abang. Tapi abang juga faham, ayang manusia. Kita manusia kan sayang, bukan macam komputer boleh " Delete " semuanya dengan hanya klik " Delete ". Abang bagi ayang masa, abang bersabar dengan semua. Abang terima semua hukuman itu dengan hati terbuka. Tapi satu abang pesan, jangan pernah fikir perasaan abang berkurang pada awak, atau fikir yang abang tak sayangkan ayang macam dulu. Malah setiap hari semakin hari semakin bertambah. Demi Allah, abang takkan lepaskan ayang. Biarlah abang bertangungjawab atas semua perbuatan abang. Biarla abang tebus dosa abang pada awak. Izinkan lah abang buktikan. Pulangkan lah bahagia yang kita berdua cipta. Abang nak ayang jadi masa depan abang, isteri abang, mama untuk anak anak kita. Kakak ipar untuk adik abang. Abang nak bawaa ayang masuk dalam dunia abang. Dunia yang takla indah, tapi insyaAllah hadirnya ayang. Akan ada pelangi.

            Hmm, pasal entri "itu". Satu je abang nak pesan pada ayang. Abang tahu ayang kecewa, sedih bila baca enti "itu". Pada ayang, mungkin ada blog itu melambangkan abang buang awak ye. Hmm, setiap orang ada cara tersendiri kan nak melepaskan supaya tak menyakitkan hati orang yang kita sayang. Jadiii, ini cara abang untuk melepaskan. Abang tak sangka ayang akan baca entri "itu". Rancangan Allah memang cantik. Kadang abang tersenyum bila teringat. Bertapa maha bijaksana nya Allah. Abang tahu sebelum awak terbaca entri "itu". Ayang memang  pilih abang bukan? Tapi ayang taknak la tergesa. Ayang tunggu waktu sesuai untuk bagitahu dia yang ayangg sebenarnya sayangkan abang lebih dari siapa pun kan? Tapi bila dah terbaca entri "itu" hati awak sentap, awak rasa macam yang abang betul betul buang ayang. Ayang jadi tawar hati dengan abang yang pada mula memang ayang tetapkan untuk pilih abang bimbing ayang. Tapi disebabkan entri itu... Sebab terlalu pelik, tiba tiba abang bangun dari lelap. Kita oncall dan ayang suruh abang untuk. Padam mm, block itu, block ini. Dan kemudian keluar dari bibir ayang " Ayang dah buat apa yang abang nak ". YaAllah abanggg tak tahu nak cakap macam mana sayangggg, abanggg bahagiaaa sangatt. Tapi bahagia abang tak kekal lama sebab tiba tiba abang dapat tahu ayang wasep oncall semula dengan yus. Tapi abang tak kisah katanya untuk selesaikan hal. Abang pun tak kejam, dari awal lagi abang bagi. Cuma abang pesan " Jaga hati ". Tapi entah macam mana ayang tiba tiba ayang minta untuk tarik semula semua nya. Apa yang abang mampu buat adalah bertahan setakat ini. Mungkin ayang nak tengok sejauh mana keihklasan abang dengan usaha abang kalini. Apa abang mampu cakap, abang sedang berusaha dan bersabar. Abang sedang perbaiki diri abang sehabis baik. Bila abang dah rasa abang dah bersedia untuk bimbing ayang semula abang akan berempat mata dengan ayang. Kerana saat itu saja dendam ayang akan kosong. Dari dulu ayang memang kalah bila berempat mata dengan abang. Sebab apa? Sebab ayang tak sedar yang sebenar nya abang tertanam dalam sangat, dalam hati awak. Dan abang sedaya upaya untuk kawal emosi abang. Alhamdulillah, semakin lama semakin baik. Abang dah dapat bertenang. Abang  berusaha supaya ayang sedar, dan tinggalkan apa yang ayang terambil dari orang. Abang akan usaha supaya ayang sedar dan pulangkan semula apa yang ayang curi dari orang. Dan balik pada tempat ayang, tempat ayang di sisi abang.

            Sebab abang datang. Abang datang merayu pada ayang untuk bersama dengan ayang sampai bila bila. Sebab abang tak mampu untuk tipu diri abang, abang tak mampu tipu diri abang yang kononnya abang dah taksayang awak. yang konon nya dah bosan dengan awak, yang konon nya dah malas untuk bertahan, yang konon nya dah tak sanggup untuk lalui semua nya lagi. Abang tak mampu tipu diri abang. Abang tak mampu  hidup tanpa awak sisi abangggg. Tengokla ayang, hidup abang nampak hampir rosak. Tapi hakikatnya, hancur. Musnah. Tapi abang bertahan sebab ayang. Sebab kalau abang tak bertahan abang mungkin akan hilang diri abang, abang hilang awak. Abang hilang angan angan untuk bahagia.  Sebak sangat bila baca semula entri "itu". Kesal, sangat kesal sebab abang tak jujur dengan diri abang. Menyesal sebab bodohkan perasaan abang sendiri. Padahal abang terlaaaluuu sayangkan ayang. Ayang. Ayang. Ayanggg. Mungkin pada malam tu abang ego sampai tergerak untuk tipu diri abang sendiri, terbukti sampai ke harini abang masih tergila kan awak. Abang ada banyakkk sangat bukti yang abang terlalu sayangkan awak. Mungkin suatu hari nanti bila sampai masa nya awak akan tahu. Tapi pada entri kalini akan abang simpul kan sedikit bukti tuu. Supaya ayang nampak bahawa abang sebenar sayangkan ayang tak putus putus dari pandang pertama sehingga malam ni.

            Ayangggg, ayang tahu tak. Masih ingat lagikan abang berjanji untuk berubah. Abang sangat sangat nak berubah. Abang berjanji untuk setia dengan ayang, untuk tak marah marah lagi, terima ayang apa ada nya. Abang rasa itu adalah janji pertama yang abang tunaikan. Abang berjanji, selepas Allah pulangkan semula ayang, pulangkan semula kebahagiaan kita. Allah bagi lagi peluang tu. Dan peluang tu jelas tak sama dengan peluang pertama. Berbalik kepada bukti yang sebenarnya abang tak pernah terfikir untuk tinggalkan ayang, sia sia kan masa ayang. Abang berkerja keras, walaupun abang dah tulis entri "itu". Ayang lupa? Abang kerja masa cuti akhir tahun lepas? Abang terpaksa tinggalkan awak. Siapa yang rajin nak kerja, dari duduk berehat kat rumah. Tapi sebab abangggg sayangggg ayangggg sangat tahu takk? Abang tak main mainn dengan awakkk. Abanggg sayangggg ayangggg sangatttt hmmm. Dalam entri itu tertera perkataan "bosan" "tak sanggup". Tapi abang masih berkerja keras untuk masa depan yang abang dah rancang semenjak 12 Januari 2015. Jadi cuba ayang fikir, betulkan semula hati ayang. Tanya diri ayang semula. Betul ke abang buang ayang? Kalau abang betul buang ayang, kenapa lepastu abang cari lagi. Gilakan ayangg? Mungkin pada fikiran ayang sebab takde perempuan mahukan abang. Ya mungkin betul, tapi itu bukan sebab utama. Tapi sebab abang abang dah janji dengan diri abang, NUR EZATIERNI BT AZMI terakhir. Masih ingat lagikan, abang kerja masa cuti akhir tahun  lepas? Masih ingatkan? Abang kerja kilang masatu. Masuk shift malam dari 7ptg - 7pg esok nya. Shift pagi pulak masuk 7pg - 7ptg. Abang habiskan separuh hari abang untuk cari duit untuk masa depan kita. Abang bertambah semangat  masatu sebab Allah pulangkan semula ayang, Allah bagi peluang semula pada abang walaupun tak seindah peluang pertama. Disebabkan masa terhad untuk melayan ayangg, untuk mengambil hati ayang dengan baik. Tapi abang tahu, ayang sayangkan abang sangat. Ayang setia pada abang. Abang simpan semua gaji abang tu, jumlah dirahsiakan.

            Tak cukup sampai situ, abang turun kluang. Abang nak cari kerja part time pulak. Abang usaha. Abang usaha sampai dapat. Seminggu kemudian abang dapat panggilan dari pacific. YaAllah, taktahu macam mana nak cakap. Gembira nya abang sampaikan pagi tu jugak abang balik kluang. Tapi abang tak bagitahu ayang abang dapat kerja, apa yang abang ingat haritu abang cuma bagitahu ayang untuk balik kluang mungkin ambil barang yang tertinggal. Sampaikan abang putar belit lokasi abang masa dah sampai kluang. Naluri isteri kan, diaa tahu ada yang kita sembunyi kan dari dia, Tapi abang tetap sembunyikan jugak, sampai gaduh gaduh la sikit. Tapi jangan risau, masih dapat di kawal. YaAllah suka nya abanggggg ada kerjaaaaaa. Nak kumpul duit kawinnn dengan ayangggggg, yaAllahhh ..

            Persekolahan bermula, abang dengan semangat nya. Datang kelas, kerja tanpa ponteng. Abang sedar abang akan penat, tapi abang gagahkan diri abang. Tapi, apalah kudrat abang yang sedikit ni. Lama kelamaan badan abang jadi letih. Mungkin sebab, abang kerja tanpa cuti. Terpaksa kerja tanpa cuti untuk 10 hari pertama. Dengan sekolah nya lagi balik pukul 5. Balik sekolah siap siap pukul 6 kena pergi kerja pulak. Dan masa tu lahh .. kudrat abang kering. Mula la abang rasa penat, sampai  nak oncall spent masa dgn ayang pun susah, kepenatan. Ayang kan suka oncall, besh kann abang tahu. Dengar suara ayangg, sambil baring cium gebo. Abang pun suka. Tapi tahukan abang ada along satu bilik, tak suka la abang oncall orang lain dengar. Jadi bila balik kerja, abang akan tengok keadaan. Kalau ada ruang, abang ajak la oncall. Tapi bila takda, hmm kecik laa hati ayangg hmm sebab tak oncall. Abang tahu ayang mmg tak minat nak wasep wasep nya bila dah malam gitu. Ayang mengantuk, lagipun nanti boleh rosakan mata ayang. Sampaikan satu hari ..

            Abang balik kerja, dengan tak mandi nya lagi. Abang balik terus cari fon. YaAllah memag tiap kali balik kerja memang abang akan cari fon dulu. Tak sabar rasa nak tengok wasep wasep ayang tuuu. Yang wish nya lain, yang infom nya lain. Kadang mengeli kan hati. Kadang siap pakej gambar. Tapi malam tu taktahu la macam mana nak cakap. semua nya dah berlaku. Nasi dah jadi bubur. Apa yang abang ingat, ayang ajak oncall. Abang on wcaht ayang. Jumpa dia dalam fl. Abang masih boleh bertenang lagi sebab memang abang dah janji kan taknak marah marah lagi. Abang dah tak ingat apa yang berlaku lepastu sampai abang terlepas kan perkataan, yang mungkin memberi rezeki pada singa kelaparan yang menunggu mangsa nya. Silap abang sebab tak kawal emosi. Tapi Allah tetap jadikan peluang untuk abang, ayang ketepikan dia semula. Dan letakkan abang di depan semula, tapi abang berada di depan dan abang tak nampak apa yang berlaku di belakang abang. Walaupun pada status. Ayaang dengan abang, tapi abang tetap takde hak untuk halang ayang rapat dengan dia. Abang tahu itu hukumannn. Hukuman atas caci maki abang pada awak. Cuma abang taknak sebut dekat sini kenapa abang marah sampaikan abang mungkir janji, sampaikan abang marah sangat sampai kesabaran abang menemui penghujung nya, abang terlepas berdas das. Awak in gat abang boleh terima apa yang abang cakap malam tu? Abang takboleh terima sayangg, abang cakap macam tu. Abang takboleh terima abang keluarkan perkataan tu pada awak, awak yang abang anggap macam bini. Yang abang jaga, yang abang sayang. Yang abang didik selama ni suapaya ayang ubah dan jaga diri ayang untuk abang. Disebabkan dia. Walau macam mana sekalipun, abang tahu. Awak sayang abanggggggg sangat. Abang malu dengan ayangg. Abang tahuu jauh dalam sudut hati awak, awak nak abang jadi masa depan ayang, bertangungjawab, ayang nak hidup dengan abang, sebab banyak kelebihan berpihak pada abang. Tapi abang taknak gunakan nya. Abang nak yakinkan ayang, dan buat ayang lupa caci maki itu dengan perubahan abang, usaha abang. Abang nak buka mata ayang, yang sebelum ni bukan abang  sebenar. Tapi abang sebenar adalah yang sekarang. Abang nak buka mata ayang, bahawa abang terbaik :'')

Hmm apa pun abang tahu awak masih sayangkan abang, masih mahukan abang. Jelas pada senyuman ayang petang tu. Petang masa ayang baru balik kawad. Abang dgn baru balik kelas, dgn tak tukar baju nya kelam kabut datang sekolah ayang. Tapi kesungguhan abang dibalas senyuman penuh makna. Makna yang ayang masih menharapkan abang tak putus asa untuk buat ayang lupa atas apa yang abang dah buat dan buat ayang buka mata untuk gengam tangan abang semula

Assalamualaikum bini cukk!

Abang minta maaaf kalau ada yang menyakitkan hati ayang dalam entri kali ini, apa yang abang tulis ni masih belum sepenuh nya, banyak lagi yang terbuku dalam hati abang. Kalau ayang nak tahu, cari la abang. Kita berempat mata :')

Jujur dari
Abang..

Abang pun mata dah kedip kedip. Esok pagi nak bangun kejut ayang haa kang terbabas pulak haha. Selamat malam ayang...