|
Hai Welcome Here
![]() " I still can smile when you hurt me. But I can't prentend be okay anymore, I can't fake it anymore when you not appreciate me " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Save Our Gaza Please! }
Jumaat, 11 Julai 2014 | 7/11/2014 03:29:00 PTG | 0Comment Assalamualaikum, Kawan kawan, sedang kita bergelak ketawa di sini. Ada tangisan yang di sana. Sedang kita kekeyangan di sini. Ada yang berlapar di sana. Sedang kita bahagia di sini. Pasti ada derita di sana. Bersempena bulan ramadhan, bulan yang mulia. Bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Sepatutnya kita umat Islam tidak kira di mana - mana, malah seluruh dunia sepatutnya banyak berbuat amalan. Sepatutnya kita sibuk mencari saham akhirat. Sepatutnya kita umat Islam dapat berbahagia di samping keluarga, kawan kawan, saudara mara, dan yang tersayang. Berpuasa bersama yang tersayang, dapat menunaikan solat terawih. Tapi apa yang kita dapat lihat di sana? Di bumi Palestine? Mereka bertangisan, berlaparan, bersakitan di sana. Tiada siapa yang membantu. Sepatutnya kita perlu memberi sokongan, bantuan kepada saudara Islam kita! Kita Wajib! Wajib bantu mereka! Kenapa kita sanggup biarkan mereka sendirian? Kenapa kita takut berhadapan dengan rejim Israel? Saya kesal dengan tindakan dunia, yang hanya membiarkan rejim Israel meragut kebahagiaan rakyat Palestin. Saya simpati melihat kanak kanak baya saya terpaksa berkorban mengangkat senjata untuk menyelamatkan buminya. Bumi Palestine! Saya sedih melihat kanak kanak, perempuan, ibu - ibu, warga emas, kaun yang lemah dipukul dicederakan. Malah lebih menyedihkan ditembak. Lebih tepat mereka di BUNUH! Tolong sedar wahai kawan kawanku sayang. Saya sangat kesal apabila ada segelintir daripada kita masih buat endah dengan apa yang terjadi pada saudara Islam kita di Palestine. Masih ada di antara kita yang masih asik mengira berapa banyak gol yang dijaringkan German. Tapi mereka tak pernah kisah beribu nyawa atau darah Islam yang hilang setiap hari. Di antara kita, ada yang hanya sedih akan keadaan Neymar yang cedera, tapi ada ke kita peduli yang ramai saudara Islam kita cedera di Palestine sekarang akibat serangan bangsat rejim zionis! " Sayang saudara Islamku, Saya minta maaf. Sangat sangat minta maaf. Saya dapat lihat berapa ramai saudara - saudara Islam saya dibunuh di sana(Palestine). Saya dapat lihat melalui gambar/berita. Tapi saya minta maaf, apa yang saya mampu lakukan hanyalah berdoa agar Allah SWT melindungi awak semua, dan menghapuskan bangsa bangsat Israel. " Minta maaf sebab kami memang pengecut :'( Yang ikhlas, Pengecut |






